SEDANG DALAM PEMBANGUNAN

Thursday, May 26, 2011

Arah Kiblat Ketika Matahari Istiwa Di atas Kaabah

Semakan Arah Kiblat Ketika Matahari Istiwa Di atas Kaabah

Matahari istiwa adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini berlaku apabila nilai deklinasi Matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Matahari akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika deklinasi Matahari sama dengan latitud Kaabah. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah.


Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia.

Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada masa tersebut. Semakan boleh dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh sebarang objek yang tegak lurus seperti tiang bendera, tiang lampu, sisi tingkap, sisi pintu atau sisi rumah.

MESYUARAT PKPI 30 MEI 2011

Assalamualaikum wrt….

Sahabat-Sahabat yang dihormati,

InsyaAllah, Mesyuarat Exco PKPI Kawasan Bangi akan diadakan pada:

Tarikh : 30 Mei 2011 (Isnin)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat CICU, Masjid UNITEN

Agenda :


Maklumat Muktamar PAKATAN TNB
Perancangan Aktiviti
Forum Perdana Ehwal Islam
Kursus Haji Perdana
Kelas al-Quran & Tarannum


Mohon buat pengesahan kehadiran. Kehadiran amat diharapkan. Sekian.


Mohd Ridzuan bin Mhd Zolkafli
SETIAUSAHA
Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) TNB
Kawasan Bangi

Wednesday, May 25, 2011

CADANGAN PROGRAM BAGI TARIKH HARI KEBESARAN ISLAM

Assalamualaikum wrt….

Sahabat-Sahabat yang dihormati, berikut adalah tarikh-tarikh penting Hari Kebesaran Islam dan senarai cadangan perancangan aktiviti kita untuk tahun ke-2 ini untuk perhatian dan tindakan semua:



1. 29 Jun 2011 - Israk Mikraj
2. 01 Ogos 2011 - Awal Ramadhan
3. 17 Ogos 2011 - Nuzul Quran
4. 30/ 31 Ogos 2011 - Hari Raya Aidulfitri
5. 06 November 2011 - Hari Raya Aiduladha
6. 27 November 2011 - Maal Hijrah

Berikut pula adalah senarai cadangan perancangan aktiviti untuk tahun ke-2 ini:

1. Bicara Ilmu: Faraid; Tanggungjawab Kita
· sedang berjalan ke setiap stesen dalam PKPI Kawasan Bangi
· melibatkan semua Exco

2. Ceramah/ Kuliah Bulanan
· menaja penceramah di setiap stesen dalam PKPI Kawasan Bangi
· Melibatkan semua Exco

3. Kelas al-Quran & Tarannum (intensif)
· akan bermula minggu ke-2 bulan Jun 2011
· jumlah peserta terkini yang mendaftar adalah 41 orang

4. Forum Perdana Ehwal Islam (sempena Israk Mikraj)
· Dicadangkan diadakan akhir Jun atau awal Julai
· Tempat adalah bergantung kepada kesediaan stesen bersedia menjadi tuan rumah
· Bajet daripada PKPI Kawasan Bangi & PAKATAN TNB

5. Konsert; Malam Amal Nur Cinta d’Hati 2011 (sempena Maal Hijrah)
· Dicadangkan didakan sekitar November atau Disember 2011
· Kerjasama dengan Islamic Relief, PAKATAN TNB dan PKPI Kawasan Bangi

6. Ceramah Perdana d’Ambang Ramadhan (awal Ramadhan)
· Dicadangkan diadakan pertengahan Julai 2011
· Kerjasama dengan Masjid UNITEN
· Diserahkan kepada Dakwah (Ustaz Dzul)

7. Kursus Haji Perdana Siri 1 & 2
· Dicadangkan diadakan akhir Jun 2011
· Dapat kerjasama dari Persatuan Pelajar Islam UNITEN
· Diadakan di Masjid UNITEN
· Diserahkan kepada Pendidikan & Dakwah (Haji Talip & Ustaz Dzul)

8. Kursus Sembelihan Perdana
· Dicadangkan diadakan sekitar Oktober 2011
· Melibatkan kerjasama PAKATAN TNB
· Diserahkan kepada Dakwah (Ustaz Dzul)

9. Kem Remaja Anak Soleh (KIAS)
· Cuti Sekolah akhir tahun
· Dengan kerjasama Masjid UNITEN
· Diserahkan kepada HELWA (Ustazah Aniza)

10. Malam Kecemerlangan Akademik PKPI
· Dicadangkan diadakan pada tarikh sama dengan Forum Perdana
· Diserahkan kepada Kebajikan (En. Ramly)

11. Hari Keluarga & Jamuan Hari Raya PKPI
· Dicadangkan diadakan sekitar September 2011
· Diserahkan kepada Kebajikan & SU (En Ramly & SU)

Mohon pandangan sahabat-sahabat dan buah fikiran lain untuk kebaikan kita semua. Sekian.


Mohd Ridzuan bin Mhd Zolkafli
SETIAUSAHA
Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) TNB
Kawasan Bangi

AHLI MAJLIS PAKATAN TNB MALASYIA SESI 2011/2013

Assalamualaikum wrt….

Sahabat-Sahabat yang dihormati,

Alhamdulillah, Muktamar PAKATAN TNB Malaysia yang diadakan dari 20-22 Mei 2011 bertempat di De Palma Hotel, Kuala Selangor telah berlangsung dengan jayanya yang telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Seri Che Khalib bin Mohamad Noh (Presiden/ CEO TNB) merangkap Presiden PAKATAN TNB Malaysia.

PKPI Kawasan Bangi telah menerima geran tahunan dari PAKATAN TNB sebanyak RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja).

Berikut adalah senarai Ahli Majlis PAKATAN TNB Malaysia Sesi 2011/ 2013:


PRESIDEN : Dato’ Seri Che Khalib bin Mohamad Noh

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif TNB


TIMBALAN PRESIDEN : Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Rashid

Ketua, Perhubungan Korporat & Hal Ehwal Komuniti TNB


NAIB PRESIDEN I : Tuan Haji Mohd Ali bin Mungai

NAIB PRESIDEN II : Tuan Haji Sobree bin Haji Shafie

Pengurus Besar Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia Kumpulan TNB


SETIAUSAHA AGUNG : En. Abdul Aziz bin Adnan

Ketua, Hal Ehwal Islam & Kaunseling TNB


TIMB. SETIAUSAHA AGUNG : Tuan Haji Johari bin Adam


BENDAHARI AGUNG : En. Nazmi bin Othman
Pengurus Besar Kewangan Kumpulan TNB

PEN. BENDAHARI AGUNG : En. Fadzlan bin Rosli
Eksekutif Kanan Kewangan, Kewangan Kumpulan TNB

AHLI MAJLIS :


1. Tuan Haji Khamim bin A. Rashid
Jurutera Kanan, TNBD Johor Bharu

2. Tuan Haji Zulkifli bin Ali
Pengurus Kanan, SJ Sultan Ismail, Paka, Terengganu

3. Tuan Haji Mhd Shukree bin Shahabudin
Pengurus, SJ Kapar

4. Ustaz Mohd Ridzuan bin Mhd Zolkafli

5. Puan Hajjah Siti Zaleha Binti Syed Sha’ari
Pengurus Kanan, TNB ICT

6. En. Dzulkefli bin Abdullah

7. Ustaz Haji Fajuri bin Mamat
Eksekutif Kanan, Unit Hal Ehwal Islam TNB

8. Puan Hajjah Norhidayah bin Sahuri
Pengurus Kanan Sumber Manusia, TNB Research



Mohd Ridzuan bin Mhd Zolkafli
SETIAUSAHA
Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) TNB
Kawasan Bangi

Pejabat : 03-89212020 ext: 1325
Bimbit : 012-2358451
Fax : 03-89287113
Email : ridzuan@uniten.edu.my

Saturday, July 10, 2010

MAJLIS KEKELUARGAAN PKPI TNB KAWASAN BANGI

Alhamdulillah, maljis kekeluargaan telah pun berlangsung.

Majlis ini adalah dengan usaha murni dari PKPI Kawasan Bangi, Masjid UNITEN, Pelitawanis TNB Kawasan Bangi serta semua anggota kerja yang terlibat.

Saya yakin dengan komitmen yang telah ditunjukan oleh kita semua serta rahmat dari ALLAH maka majlis ini berjaya dilangsungkan.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Prof. Dr. Ibrahim Hussein, Timbalan Naib Canselor UNITEN, Pmg. Pengurus Besar (Putrajaya/Cyberjaya) dan seluruh ahli keluarga PKPI dan Pelitawanis.

Pada tahun ini, kita digemparkan dengan aksi pemancing ikan dimana ikan seberat lebih 13 kg telah berjaya dinaikkan ditasik UNITEN.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.

Terima kasih juga kepada Pengarah Masjid UNITEN kerana sudi menjadi tuan rumah serta membenarkan penggunaan fasiliti masjid untuk tujuan murni ini.

Insyallah, gambar-gambar sepanjang program berlangsung akan saya downloadkan nanti.

Insyallah, jumpa lagi diprogram yang lain,

Sekian dan salam,

Monday, July 5, 2010

SAMBUTAN KEKELUARGAAN & ANUGERAH KECEMERLANGAN


SAMBUTAN KEKELUARGAANSERTAMAJLIS ANUGERAH ECEMERLANGAN PKPITAHUN 1431H/ 2010M PADA 10 JULAI 2010


PELBAGAI ACARA MENARIK DISEDIAKAN :-

 TAZKIRAH OLEH USTAZ HAJI KHAIRUL AMRAN, PEN. PGH JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

 MEMANCING

 PING PONG

 PAINTBALL

 GUBAHAN TUALA

 MENGAYAM KETUPAT

 PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN

 PERTANDINGAN AZAN & BERCERITA

 PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA

 PERTANDINGAN BAYI COMEL
 KAMBING BAKAR DAN DURIAN SEGAMAT

Semua dijemput hadir.

Sunday, July 4, 2010

PERWAKILAN BAGI MESYUARAT PAKATAN TNB

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pakatan TNB akan diadakan di Seremban pada 16 - 17 Julai 2010.

Oleh yang demikian, PKPI Kawasan Bangi akan menghantar 5 orang perwakilan bagi mewakili PKPI Kawasan Bangi.  Mereka yang mewaikli PKPI Bangi akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sekian dimaklumkan,